Saiz Kasut

Saiz kasut yang ditunjukkan dibawah lidah kasut menggunakan beberapa sistem saiz. Biasanya mereka menggunakan sistem saiz UK, US, Europe dan Japan. Semua sistem saiz ini mempunyai sistem pengiraan mereka masing-masing (Boleh rujuk di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Shoe_size@http://pages.ebay.com/sell/sizechart.html)

Antara semua sistem saiz ini, Sistem Japan yang paling best. Sebab sistem saiz Japan menggunakan sistem cm (centimeter), jadi anda boleh mengukur panjang tapak kaki anda sendiri menggunakan pembaris biasa. Selepas itu barulah bandingkan dengan sistem saiz kasut negara lain. Caranya, letakkan tapak kai anda diatas sehelai kertas dan lukis bentuknya ke atas ketas tadi. Selepas itu ukur menggunakan pembaris. Ini lebih tepat daripada hanya meneka saiz atau "lebih kurang saiz..."



Kebiasaannya di Malaysia, mereka menggunakan sistem saiz UK. Apakah saiz yang sesuai untuk anda? Sila rujuk jadual dibawah:


Selain daripada menggunakan jadual di atas, anda juga boleh menggunakan perisian di laman web ini:http://www.onlineconversion.com/clothing_shoes_mens.htmuntuk menukarkan saiz kaki anda dari sistem saiz Japan ke UK, Canada, Mexico dan lain-lain lagi.
PERHATIAN: Saiz kasut juga berbeza untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Rujuk di sini:http://shoes.about.com/od/sizemeasurementcharts/a/kidssizechart.htm

Keselesaan Kasut

Saiz yang sesuai tidak semestinya selesa. Keselesaan kasut juga tidak dijamin oleh jenama kasut. Paling penting ialah kasut yang dipilih sesuai dengan jenis kaki anda. Daripada maklumat yang dikongsi dalam laman web:http://www.webefit.com/articles/article_47a_RunningShoes.html, kaki terbahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu:OVERPRONATOR, NEUTRAL dan SUPINATOR.
Saya sendiri masih kurang jelas tentang perkara ni tapi apa yang saya faham ialah kaki jenis OVERPRONATOR adalah jenis kaki yang berkecenderungan untuk bergerak ke arah dalam bahagian kaki manakala SUPINATOR adalah jenis kaki yang berkecenderungan untuk bergerak kearah luar bahagian kaki. Yang NEUTRAL pula seimbang iaitu tidak juga ke dalam dan tidak juga ke luar.


Macam mana nak dapatkan bentuk tapak kaki anda? Mudah saja ni... Basahkan tapak kaki anda dan letakkan kaki anda ke atas sekeping kertas berwarna... Lepas tu bandingkan dengan gambar yang terdapat di sini..

16 comments: